Sabtu, 17 Disember 2011

Perkahwinan gay. Lelaki Melayu Islam Malaysia - Tahniah Arif!

Tahniah arif, tahniah. 
Cukuplah lima gambar neh. Walaupun aku tiada kaitan dengan arif neh tapi aku tetap merasa sedih dengan apa yang dilakukan oleh arif. Itu baru aku, sebagai orang luar. Belum lagi ibu bapa arif, individu yang paling sayangkan arif di muka bumi neh. Hanya Allah swt je tahu perasaan kedua ibu bapa dia di atas perlakuan "pelik dan songsang" si arif neh.

Untuk rekod, gambar neh bukan gambar curi. Laki dia sendiri [yeke laki? tah larh.. takan nak panggil bini pula ye tak?] yang mendedahkan gambar2 neh di blog / website peribadi sendiri. Dah dia sendiri sebar sebab tue orang tahu. Sebenarnya kebetulan dua, tiga hari lepas bapa dia masuk paper memberitahu tentang kehilangan anak dia. 
Dia bimbangkan akidah anak dia. Yang sebenarnya mereka lost contact sejak tahun 2009. Cuma maybe baru sekarang bapa dia bersedia untuk share perkara neh dengan orang luar. Makna nya awal2 dia dapat rasakan sesuatu. Sedih bapa dia.

Kalau ikut bahasa jahat nak aje aku maki hamun si arif neh.. tapi bila fikir2 balik maybe suatu hari bapa dia ataupun ahli keluarga dia yang lain akan terbaca story neh mesti rasa sedih sangat2. So pls larh kekawan, jaga bahasa kita. Memang kita geram lihat perlakuan arif, tapi janganlah bahasa2 kita menguriskan pula perasaan keluarga arif yang kita semua tahu adalah mereka yang paling tertekan dan sedih pada waktu neh.
Buat arif, sebagai seorang pelajar yang cemerlang, kenapalah pilih hidup macam neh? Kenapa lah nak sedihkan perasaan keluarga sendiri dan mereka2 yang memasang harapan tinggi terhadap arif? Untuk rekod korang, arif neh pelajar yang betul2 bijak. Dia pernah mendapat tajaan petronas untuk sambung belajar ke luar negara.  
Tapi petronas dah membatalkan tajaan tersebut. Yang menanggung kesemua kos yang pernah petronas keluarkan dulu sekarang neh ialah bapa arif sendiri. Sudahlah menyedihkan keluarga sendiri, tinggalkan hutang pula. Apa lah kering sangat ahti ko neh arif.

Kalau ko terbaca neh arif, tolonglah, kalau ye pun benci sangat pada keluarga sendiri, tolonglah jumpa mereka buat kali terakhir. Sementara mereka masih hidup, sementara ko masih hidup, jumpalah mereka buat kali terakhir. 
Sekurang2nya biarlah depa meluahkan apa yang mereka rasakan selama ko menghilang dan baru2 neh telah pula berkahwin dengan seorang lelaki. Fikirlah arif, tanpa jasa mak bapa ko bukan sapa2. Ko boleh putuskan hubungan dengan seme manusia di dunia neh tapi bukan dengan mak bapa dan ahli keluarga sendiri. Fikirlah masak2 arif. Kejam pun sepatutnya ada limit arif, apatah lagi pada keluarga sendiri. Sekian.

Tahniah kerana menghancurkan harapan ibu bapa dan pihak yang memasang harapan tinggi terhadap anda di dunia neh. 

Selasa, 25 Oktober 2011

Sedikit penjelasan berkaitan siapa sebenarnya IRAN

Pada hari ini ramai orang terpedaya dengan slogan dan omong kosong Presiden Iran Ahmeddinejad, kononnya Iran "teramat benci terhadap Amerika dan Yahudi" - malangnya, sehingga hari ini - tidak ada sebutir peluru berpandu pun dilancarkan kepada Israel. Jika benar selama ini Iran bersungguh-sungguh mahu melenyapkan negara Israel dan membantu membebaskan rakyat Palestin daripada rejim Ziones - mereka boleh berbuat sedemikian sejak dari dahulu lagi, sewaktu Ayatullah Khomeni masih hidup dan berkuasa.
Izinkan saya berterus-terang, sama ada tuan-tuan suka atau pun tidak - maka ini tetap merupakan pandangan peribadi saya. Ramai juga pembaca yang meminta saya agar mengupas sedikit isu berhubung pergolakan politik yang sedang melanda Mesir dan Tunisia baru-baru ini - Jawapan awal saya adalah mudah, saya sebenarnya malas untuk memberi apa-apa komen tentang politik di negara-negara Timur Tengah, khususnya yang melibatkan Mesir, Iraq, Iran dan Arab Saudi. Pada hemat saya, hampir 90% negara-negara di Timur Tengah merupakan balaci atau khadam kepada Amerika dan Yahudi sahaja. Sejak tercetusnya perang Iraq-Iran, semua orang tahu, pada waktu itu Iran merupakan balaci kepada Amerika.

Kemudian, tatkala Iraq menceroboh Kuwait, semua orang tahu, pada saat tersebut Iraq merupakan balaci setia kepada Amerika. Dan sewaktu Amerika menyerang Iraq - Arab Saudi pula yang menjadi khadam kepada Amerika. Realitinya, setelah runtuhnya Daulah Uthmaniah, tiada sebuah pun negara-negara di Timur Tengah yang bebas daripada cengkaman Amerika Syarikat dan Yahudi - termasuk Iran!  Iran lebih gemar bersikap takiyyah dan terus membiarkan Israel hidup subur di bumi Palestin, kerana Iran sememangnya mempunyai agenda tersendiri di Timur Tengah! Israel sebenarnya bisa sahaja dihancur dengan lumat dalam tempoh beberapa hari sahaja, sekiranya Iran menggunakan seluruh kekuatan yang dimilikinya - tetapi Iran tetap enggan berbuat sedemikian kerana mazhab mereka, sama sekali tidak mengizinkan para penganut Islam Sunni dibantu dan dibela.

Hipokrit Iran dalam berhadapan dengan Amerika dan Yahudi semakin terbuka. Sejak akhir-akhir ini semakin banyak pihak yang mendedahkan sikap "talam dua muka" Iran dalam menangani hubungannya dengan Amerika dan Israel. Di hadapan kita semua - Iran dilihat seolah-olah sebagai hero dunia Islam, kerana sanggup menjadi seteru Amerika dan Israel, tetapi dibelakang kita semua - Iran, Amerika dan Israel adalah rakan yang baik! Tulisan seorang pengkaji hubungan Iran-Israel warga Indonesia di bawah ini agak menarik untuk kita renungi bersama :

ANTARA METODE YANG ditempuh oleh para penggiat agama Syiah ialah memanfaatkan sandiwara yang berjudul: Iran "bermusuhan" dengan Negara Yahudi dan Amerika. Isu ini sangat efektif untuk menarik simpati umat Islam di berbagai belahan dunia termasuk Malaysia - bahawa negara Iran yang merupakan negara penganut agama Syiah adalah satu-satunya negara pembela kepentingan umat Islam pada zaman sekarang.Malaysia yang menjadi anggota Dewan Keamanan PBB turut menyetujui resolusi no.1747 yang hanya berisikan kecaman terhadap rakyat Iran atas kegiatannya memperkayakan uranium.
Agar anda tahu apa sebenarnya isu "permusuhan" dengan bangsa Yahudi, saya mengajak saudara untuk merenungkan beberapa fakta berikut:

1. Iran adalah negara yang memiliki komuniti Yahudi terbesar setelah Israel. Menurut sumber rasmi pemerintah Iran, jumlah pemeluk agama Yahudi di Iran  antara 25-30 ribu penduduk. Bahkan di kota Teheran ada lebih dari 10 Sinagogue (tempat ibadah umat Yahudi). Akan tetapi, masjid-masjid Ahlu Sunnah tidak satupun yang mereka biarkan berdiri tegak disana. Bukan sekadar itu saja, orang-orang Yahudi diberi ruang yang begitu istimewa, iaitu dengan diberikan kesempatan untuk memiliki perwakilan di parlimen. Sebagaimana bangsa Yahudi di Iran memiliki hak dan kebebasan yang sama dengan para penganut agama Syiah. Suatu hal yang tidak mungkin dirasakan oleh komuniti Ahlu Sunnah. Bahkan komuniti Yahudi Iran hingga sekarang bebas untuk berkunjung ke Israel, tanpa ada gangguan sedikitpun baik dari pemerintah Iran.

2. Adanya hubungan perdagangan antara Iran dan Yahudi. Sejak zaman Syiah Pahlevi, Iran telah menjalin hubungan perdagangan dengan Zionis Yahudi. Dan hubungan dagang ini berkelanjutan hingga setelah revolusi Syiah yang dipimpin oleh Khumaini. Pada tahun 1982 M, Yahudi menjual persenjataan yang berhasil mereka rampas dari para pejuang Palestina di Lebanon dengan harga 100 juta dolar Amerika. Bahkan pada tahun 1980-1985, Zionis Yahudi merupakan pembekal senjata terbesar ke Iran. Sandiwara "permusuhan" Iran dan Yahudi mulai terbongkar, ketika pesawat kargo Argentina yang membawa senjata dari Yahudi ke Iran tersesat, sehingga masuk ke wilayah Soviet, dan akhirnya di tembak jatuh oleh pasukan pertahanan Soviet.  Iran membeli persenjataan dari Yahudi seharga 150 juta dolar Amerika, sehingga untuk mengirimkan seluruh senjata tersebut, memerlukan 12 kali penerbangan.

3. Perdagangan antara Iran & Yahudi hingga kini juga terus berkelanjutan. Sebagai salah satu buktinya, harian Palpress News Agency Edisi 25/04/2009 melaporkan bahawa di Teheran, telah terjual buah-buahan yang di import dari Yahudi.

4. Anda mungkin pernah membaca berita bahawa pada hari selasa 12/1/2010 ahli nuklier Iran yang bernama Masoud Ali-Mohammadi yang tinggal di Teheran ibukota Iran, terbunuh di rumahnya akibat serangan bom. Kementrian luar negeri Iran langsung menuduh kaki tangan AS dan Yahudi di balik serangan bom itu. Pelik bukan? Iran telah memiliki bukti bahwa Yahudi dan Amerika telah mengadakan serangan di Teheran. Walaupun demikian, tidak ada tindakan  Iran dan para penganut Syiah tetap diam membisu dan tidak satu pun tentara Iran yang dikirim untuk membalas serangan tersebut.

5. Tidak ramai yang tahu bahawa penduduk Yahudi kedua terbesar setelah Israel tidaklah tinggal di Amerika atau Eropa yang pasti tinggal di Iran! Bukankah Iran berseteru  dengan Israel. Saat ini ada  25.000 penduduk Yahudi di Iran dan mereka mempunyai perwakilan di parlimen Iran! Israel merancang untuk membayar keluarga Yahudi Iran yang mau pindah ke Israel sebesar $60,000, Masyarakat Yahudi Iran mengecamnya dengan pernyataan :Yahudi Iran tidak boleh dibeli dengan wang. Masyarakat Yahudi Iran adalah termasuk penduduk Iran tertua. Yahudi Iran mencintai  budaya Iran mereka.

6. Lantas bagaimana kehidupan mereka jika Iran dan Israel berseteru? Apakah hak hidup dan hak minoritas mereka diakui? Meski Iran dianggap sebagai negara yang tidak toleran di mata Barat, utamanya dalam perseteruannya dengan Israel, pemerintahnya justru memberikan tempat dan perlindungan bagi warga Yahudi Iran. Tokoh Revolusi Iran, Imam Khomeini, melindungi agama dan penduduk Yahudi dan, seperti Kristian Armenia, mereka dianggap sebagai Ahli Kitab dan mendapatkan kebebasan menjalankan agama mereka berdasarkan Instiutsi Islam Iran Th. 1979. Imam Khomeini membezakan antara masyarakat Yahudi dengan Zionis dan menganggap penduduk Yahudi tersebut sebagai warganegara Iran dan melindungi hak-hak mereka.

7. Ahmadinejad beberapa kali menyampaikan slogan "Hapuskan Israel dari Peta" Ini semua sandiwara untuk menutup identiti Ahmadinejad yang juga berbangsa Yahudi.

Akhir kata, nasihat saya hanya satu - kepada mana-mana individu yang begitu taasub dengan Iran dan Ahmaddinejad, saya mohon agar tuan-tuan kembali ke pangkal jalan. Tiada gunanya menyokong sesuatu yang terang-terang merosakkan umat Islam itu sendiri. Apatah lagi ajaran Syiah yang diamalkan di negara tersebut sangat jauh daripada kehendak Islam yang sebenar! Wallahualam.

Khamis, 31 Mac 2011

Tsunami Di Jepun Telah Dibayangkan Dalam Al-Quran?

Bencana alam yang telah melanda Jepun memang tidak boleh dipandang ringan. Sama-samalah kita berdoa supaya negara kita bebas dari bencana-bencana sepertimana yang melanda negara-negara lain di dunia. Tetapi tahukah anda semua, Tuhan sudah mengtakdirkan segala apa yang telah berlaku di Jepun? Mengikut kajian yang dijalankan melalui Al-Quran, keputusan yang didapati seperti berikut adalah sangat menakjubkan:-

1. Tarikh yang berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah atau 6/4/1432.

2. Jadi, dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.

3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.

4. Dan bulan 4.
Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

 
Rujuk di Quran.

1). Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan:-
“Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya”.

2). Rahsia seterusnya yang menunjukan malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Sendai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)


so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.
di ambil pula lokasi latititude dan longitude.
3+6+1+3+8 = 21

so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.


Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38’15 dan Longtitude 140’53
makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30

so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang Allah S.W.T maksudkan dengan angka 3 adalah Wilayah Sendai di Jepun.

3). Rahsia seterusnya dengan tarikh 6,
masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. Gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4). Dan seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. Maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. Jadi angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5). Lihat.. betapa benarnya ayat-ayat Al-Quran. Segala yang dinyatakan tetap berlaku. Walaupun sudah berabad lamanya Kitab Al-Quran diturunkan.

6). Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun, Al-Quran tetap sebagai satu-satunya panduan sebenar bagi sepanjang zaman.

7). Masih banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat diketahui di dalam tarikh ini. Namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulianya Al-Quran. Dan segala yang diungkapkan di dalamnya adalah merupakan kebenaran kepada alam ini.

Wallahhuallam.

Rabu, 1 Disember 2010




Aku dapat cerita ini dari email yang di hantar oleh kawan aku. Aku tak ubah sedikit pun. Dia kata ,cerita ni dia terjemahkan dari bahasa arab.
Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis

PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau
berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah
habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini
dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara
berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia
bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih
dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga
sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan
malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini
sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland,
pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit
hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua
sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara
Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi
kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari
nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan
terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada
tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga
tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome
telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula
lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini
sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang
beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah
berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang,
walaupun kepada tentera yang bukan Islam.


Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama
Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan
tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu
mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan
beliau...
Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat
mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat
dalam mentadbir...
Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi
mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang
beragama Islam untuk membunuh Yahudi.
Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh
saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok
tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya
nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku
bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah
lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa
beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan.
Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata
pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah
ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di
German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan
bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam
pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir
menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan
memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang
ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan
ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas
Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di
dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera
German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah
sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera
German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi,
bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada
bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar
semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para
doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan,
sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak
untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya
menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman
kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh
Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan
oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Rabu, 24 November 2010

ALAM KUBUR (BARZAKH)

Saya pegang nisan dikubur arwah  yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar
ligat. "Aii.. menung nampak? Apasal?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.

"Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah,"

saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.

Mari gi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.
"Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.


Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur arwah. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya.

Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.

Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal arwah, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal simati. Kalau bagus amalannya semasa hidup,berbahagialah . Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah...
Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kuburdan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam.
Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.

Eee... seramn
ya. Macam mana agak-nya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan
maniskah wajahnya? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi.

Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh,nak mengadu tak boleh,

kita seoranglah menanggung sakit pedih.

Astaghfirullahal azim...
Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.
Pergi... pergi sekarang! Johar, masa nilah kalau nak cuba. Kawan-kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.
Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga.
Cepat, cepat, cepat! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi?'
Kan  engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut? Alah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati...


  Jadi bisu? Sakit, lepas tu mereng sampai mati   Jangan pedulilah, tu cerita orang aja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat! 

Dimulai lafaz bismillah dan selawat kepada Nabi,saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara arwah. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar,kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah.

Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah,


Lailahaillallah Lailahaillallah Lailahaillallah
Lailahaillallah, lailahaillallah. .
Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pcrnah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.
Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu.Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.
Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menycberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya.
Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.
GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP! !

Tanah di kubur arwah tiba-tiba bergerak.Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.
"Ya Allaaaaahhh. .. apa yang berlaku ini?" saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir.
GGGRRRRUUUMMM. ..

Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku.

Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu panik
ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK
Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang.Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat dikerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah,takut yang amat sangat.

AARRKKK... UUURRRKKGGH! !!

Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.
Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba...
PPPR-RRAAPPPPP! !!... bunyi papan patah berderai. PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!
Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh.
Serentak itu,kedengaran pula tulang-temulang patah!

Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya.




Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu.
Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.
Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku,tiba- tiba satu deruan angin yang maha dahsyat datang menerpa.
Desingannya menyakitkan telinga. 


Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.


Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut.

Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh,panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.

"ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.
Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.
"Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!" sayameraung- raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.

Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa. Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung,matilah aku kejap.. patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.

Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.

                                                                             
 Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.



Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.

Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu.Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan,mimpi dan igauan semata-mata.

Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati.Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.

Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.
Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di hati saya.

Sesungguhnya janji ALLAH itu benar...MATI itu benar...SYURGA - NERAKA itu benar....dan. .azab kubur ..itu juga benarrrr.... .

Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan mengampuni dosa-dosa kita....