Sabtu, 17 Disember 2011

Perkahwinan gay. Lelaki Melayu Islam Malaysia - Tahniah Arif!

Tahniah arif, tahniah. 
Cukuplah lima gambar neh. Walaupun aku tiada kaitan dengan arif neh tapi aku tetap merasa sedih dengan apa yang dilakukan oleh arif. Itu baru aku, sebagai orang luar. Belum lagi ibu bapa arif, individu yang paling sayangkan arif di muka bumi neh. Hanya Allah swt je tahu perasaan kedua ibu bapa dia di atas perlakuan "pelik dan songsang" si arif neh.

Untuk rekod, gambar neh bukan gambar curi. Laki dia sendiri [yeke laki? tah larh.. takan nak panggil bini pula ye tak?] yang mendedahkan gambar2 neh di blog / website peribadi sendiri. Dah dia sendiri sebar sebab tue orang tahu. Sebenarnya kebetulan dua, tiga hari lepas bapa dia masuk paper memberitahu tentang kehilangan anak dia. 
Dia bimbangkan akidah anak dia. Yang sebenarnya mereka lost contact sejak tahun 2009. Cuma maybe baru sekarang bapa dia bersedia untuk share perkara neh dengan orang luar. Makna nya awal2 dia dapat rasakan sesuatu. Sedih bapa dia.

Kalau ikut bahasa jahat nak aje aku maki hamun si arif neh.. tapi bila fikir2 balik maybe suatu hari bapa dia ataupun ahli keluarga dia yang lain akan terbaca story neh mesti rasa sedih sangat2. So pls larh kekawan, jaga bahasa kita. Memang kita geram lihat perlakuan arif, tapi janganlah bahasa2 kita menguriskan pula perasaan keluarga arif yang kita semua tahu adalah mereka yang paling tertekan dan sedih pada waktu neh.
Buat arif, sebagai seorang pelajar yang cemerlang, kenapalah pilih hidup macam neh? Kenapa lah nak sedihkan perasaan keluarga sendiri dan mereka2 yang memasang harapan tinggi terhadap arif? Untuk rekod korang, arif neh pelajar yang betul2 bijak. Dia pernah mendapat tajaan petronas untuk sambung belajar ke luar negara.  
Tapi petronas dah membatalkan tajaan tersebut. Yang menanggung kesemua kos yang pernah petronas keluarkan dulu sekarang neh ialah bapa arif sendiri. Sudahlah menyedihkan keluarga sendiri, tinggalkan hutang pula. Apa lah kering sangat ahti ko neh arif.

Kalau ko terbaca neh arif, tolonglah, kalau ye pun benci sangat pada keluarga sendiri, tolonglah jumpa mereka buat kali terakhir. Sementara mereka masih hidup, sementara ko masih hidup, jumpalah mereka buat kali terakhir. 
Sekurang2nya biarlah depa meluahkan apa yang mereka rasakan selama ko menghilang dan baru2 neh telah pula berkahwin dengan seorang lelaki. Fikirlah arif, tanpa jasa mak bapa ko bukan sapa2. Ko boleh putuskan hubungan dengan seme manusia di dunia neh tapi bukan dengan mak bapa dan ahli keluarga sendiri. Fikirlah masak2 arif. Kejam pun sepatutnya ada limit arif, apatah lagi pada keluarga sendiri. Sekian.

Tahniah kerana menghancurkan harapan ibu bapa dan pihak yang memasang harapan tinggi terhadap anda di dunia neh. 

Selasa, 25 Oktober 2011

Sedikit penjelasan berkaitan siapa sebenarnya IRAN

Pada hari ini ramai orang terpedaya dengan slogan dan omong kosong Presiden Iran Ahmeddinejad, kononnya Iran "teramat benci terhadap Amerika dan Yahudi" - malangnya, sehingga hari ini - tidak ada sebutir peluru berpandu pun dilancarkan kepada Israel. Jika benar selama ini Iran bersungguh-sungguh mahu melenyapkan negara Israel dan membantu membebaskan rakyat Palestin daripada rejim Ziones - mereka boleh berbuat sedemikian sejak dari dahulu lagi, sewaktu Ayatullah Khomeni masih hidup dan berkuasa.
Izinkan saya berterus-terang, sama ada tuan-tuan suka atau pun tidak - maka ini tetap merupakan pandangan peribadi saya. Ramai juga pembaca yang meminta saya agar mengupas sedikit isu berhubung pergolakan politik yang sedang melanda Mesir dan Tunisia baru-baru ini - Jawapan awal saya adalah mudah, saya sebenarnya malas untuk memberi apa-apa komen tentang politik di negara-negara Timur Tengah, khususnya yang melibatkan Mesir, Iraq, Iran dan Arab Saudi. Pada hemat saya, hampir 90% negara-negara di Timur Tengah merupakan balaci atau khadam kepada Amerika dan Yahudi sahaja. Sejak tercetusnya perang Iraq-Iran, semua orang tahu, pada waktu itu Iran merupakan balaci kepada Amerika.

Kemudian, tatkala Iraq menceroboh Kuwait, semua orang tahu, pada saat tersebut Iraq merupakan balaci setia kepada Amerika. Dan sewaktu Amerika menyerang Iraq - Arab Saudi pula yang menjadi khadam kepada Amerika. Realitinya, setelah runtuhnya Daulah Uthmaniah, tiada sebuah pun negara-negara di Timur Tengah yang bebas daripada cengkaman Amerika Syarikat dan Yahudi - termasuk Iran!  Iran lebih gemar bersikap takiyyah dan terus membiarkan Israel hidup subur di bumi Palestin, kerana Iran sememangnya mempunyai agenda tersendiri di Timur Tengah! Israel sebenarnya bisa sahaja dihancur dengan lumat dalam tempoh beberapa hari sahaja, sekiranya Iran menggunakan seluruh kekuatan yang dimilikinya - tetapi Iran tetap enggan berbuat sedemikian kerana mazhab mereka, sama sekali tidak mengizinkan para penganut Islam Sunni dibantu dan dibela.

Hipokrit Iran dalam berhadapan dengan Amerika dan Yahudi semakin terbuka. Sejak akhir-akhir ini semakin banyak pihak yang mendedahkan sikap "talam dua muka" Iran dalam menangani hubungannya dengan Amerika dan Israel. Di hadapan kita semua - Iran dilihat seolah-olah sebagai hero dunia Islam, kerana sanggup menjadi seteru Amerika dan Israel, tetapi dibelakang kita semua - Iran, Amerika dan Israel adalah rakan yang baik! Tulisan seorang pengkaji hubungan Iran-Israel warga Indonesia di bawah ini agak menarik untuk kita renungi bersama :

ANTARA METODE YANG ditempuh oleh para penggiat agama Syiah ialah memanfaatkan sandiwara yang berjudul: Iran "bermusuhan" dengan Negara Yahudi dan Amerika. Isu ini sangat efektif untuk menarik simpati umat Islam di berbagai belahan dunia termasuk Malaysia - bahawa negara Iran yang merupakan negara penganut agama Syiah adalah satu-satunya negara pembela kepentingan umat Islam pada zaman sekarang.Malaysia yang menjadi anggota Dewan Keamanan PBB turut menyetujui resolusi no.1747 yang hanya berisikan kecaman terhadap rakyat Iran atas kegiatannya memperkayakan uranium.
Agar anda tahu apa sebenarnya isu "permusuhan" dengan bangsa Yahudi, saya mengajak saudara untuk merenungkan beberapa fakta berikut:

1. Iran adalah negara yang memiliki komuniti Yahudi terbesar setelah Israel. Menurut sumber rasmi pemerintah Iran, jumlah pemeluk agama Yahudi di Iran  antara 25-30 ribu penduduk. Bahkan di kota Teheran ada lebih dari 10 Sinagogue (tempat ibadah umat Yahudi). Akan tetapi, masjid-masjid Ahlu Sunnah tidak satupun yang mereka biarkan berdiri tegak disana. Bukan sekadar itu saja, orang-orang Yahudi diberi ruang yang begitu istimewa, iaitu dengan diberikan kesempatan untuk memiliki perwakilan di parlimen. Sebagaimana bangsa Yahudi di Iran memiliki hak dan kebebasan yang sama dengan para penganut agama Syiah. Suatu hal yang tidak mungkin dirasakan oleh komuniti Ahlu Sunnah. Bahkan komuniti Yahudi Iran hingga sekarang bebas untuk berkunjung ke Israel, tanpa ada gangguan sedikitpun baik dari pemerintah Iran.

2. Adanya hubungan perdagangan antara Iran dan Yahudi. Sejak zaman Syiah Pahlevi, Iran telah menjalin hubungan perdagangan dengan Zionis Yahudi. Dan hubungan dagang ini berkelanjutan hingga setelah revolusi Syiah yang dipimpin oleh Khumaini. Pada tahun 1982 M, Yahudi menjual persenjataan yang berhasil mereka rampas dari para pejuang Palestina di Lebanon dengan harga 100 juta dolar Amerika. Bahkan pada tahun 1980-1985, Zionis Yahudi merupakan pembekal senjata terbesar ke Iran. Sandiwara "permusuhan" Iran dan Yahudi mulai terbongkar, ketika pesawat kargo Argentina yang membawa senjata dari Yahudi ke Iran tersesat, sehingga masuk ke wilayah Soviet, dan akhirnya di tembak jatuh oleh pasukan pertahanan Soviet.  Iran membeli persenjataan dari Yahudi seharga 150 juta dolar Amerika, sehingga untuk mengirimkan seluruh senjata tersebut, memerlukan 12 kali penerbangan.

3. Perdagangan antara Iran & Yahudi hingga kini juga terus berkelanjutan. Sebagai salah satu buktinya, harian Palpress News Agency Edisi 25/04/2009 melaporkan bahawa di Teheran, telah terjual buah-buahan yang di import dari Yahudi.

4. Anda mungkin pernah membaca berita bahawa pada hari selasa 12/1/2010 ahli nuklier Iran yang bernama Masoud Ali-Mohammadi yang tinggal di Teheran ibukota Iran, terbunuh di rumahnya akibat serangan bom. Kementrian luar negeri Iran langsung menuduh kaki tangan AS dan Yahudi di balik serangan bom itu. Pelik bukan? Iran telah memiliki bukti bahwa Yahudi dan Amerika telah mengadakan serangan di Teheran. Walaupun demikian, tidak ada tindakan  Iran dan para penganut Syiah tetap diam membisu dan tidak satu pun tentara Iran yang dikirim untuk membalas serangan tersebut.

5. Tidak ramai yang tahu bahawa penduduk Yahudi kedua terbesar setelah Israel tidaklah tinggal di Amerika atau Eropa yang pasti tinggal di Iran! Bukankah Iran berseteru  dengan Israel. Saat ini ada  25.000 penduduk Yahudi di Iran dan mereka mempunyai perwakilan di parlimen Iran! Israel merancang untuk membayar keluarga Yahudi Iran yang mau pindah ke Israel sebesar $60,000, Masyarakat Yahudi Iran mengecamnya dengan pernyataan :Yahudi Iran tidak boleh dibeli dengan wang. Masyarakat Yahudi Iran adalah termasuk penduduk Iran tertua. Yahudi Iran mencintai  budaya Iran mereka.

6. Lantas bagaimana kehidupan mereka jika Iran dan Israel berseteru? Apakah hak hidup dan hak minoritas mereka diakui? Meski Iran dianggap sebagai negara yang tidak toleran di mata Barat, utamanya dalam perseteruannya dengan Israel, pemerintahnya justru memberikan tempat dan perlindungan bagi warga Yahudi Iran. Tokoh Revolusi Iran, Imam Khomeini, melindungi agama dan penduduk Yahudi dan, seperti Kristian Armenia, mereka dianggap sebagai Ahli Kitab dan mendapatkan kebebasan menjalankan agama mereka berdasarkan Instiutsi Islam Iran Th. 1979. Imam Khomeini membezakan antara masyarakat Yahudi dengan Zionis dan menganggap penduduk Yahudi tersebut sebagai warganegara Iran dan melindungi hak-hak mereka.

7. Ahmadinejad beberapa kali menyampaikan slogan "Hapuskan Israel dari Peta" Ini semua sandiwara untuk menutup identiti Ahmadinejad yang juga berbangsa Yahudi.

Akhir kata, nasihat saya hanya satu - kepada mana-mana individu yang begitu taasub dengan Iran dan Ahmaddinejad, saya mohon agar tuan-tuan kembali ke pangkal jalan. Tiada gunanya menyokong sesuatu yang terang-terang merosakkan umat Islam itu sendiri. Apatah lagi ajaran Syiah yang diamalkan di negara tersebut sangat jauh daripada kehendak Islam yang sebenar! Wallahualam.

Khamis, 31 Mac 2011

Tsunami Di Jepun Telah Dibayangkan Dalam Al-Quran?

Bencana alam yang telah melanda Jepun memang tidak boleh dipandang ringan. Sama-samalah kita berdoa supaya negara kita bebas dari bencana-bencana sepertimana yang melanda negara-negara lain di dunia. Tetapi tahukah anda semua, Tuhan sudah mengtakdirkan segala apa yang telah berlaku di Jepun? Mengikut kajian yang dijalankan melalui Al-Quran, keputusan yang didapati seperti berikut adalah sangat menakjubkan:-

1. Tarikh yang berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah atau 6/4/1432.

2. Jadi, dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.

3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.

4. Dan bulan 4.
Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

 
Rujuk di Quran.

1). Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan:-
“Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya”.

2). Rahsia seterusnya yang menunjukan malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Sendai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)


so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.
di ambil pula lokasi latititude dan longitude.
3+6+1+3+8 = 21

so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.


Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38’15 dan Longtitude 140’53
makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30

so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang Allah S.W.T maksudkan dengan angka 3 adalah Wilayah Sendai di Jepun.

3). Rahsia seterusnya dengan tarikh 6,
masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. Gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4). Dan seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. Maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. Jadi angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5). Lihat.. betapa benarnya ayat-ayat Al-Quran. Segala yang dinyatakan tetap berlaku. Walaupun sudah berabad lamanya Kitab Al-Quran diturunkan.

6). Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun, Al-Quran tetap sebagai satu-satunya panduan sebenar bagi sepanjang zaman.

7). Masih banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat diketahui di dalam tarikh ini. Namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulianya Al-Quran. Dan segala yang diungkapkan di dalamnya adalah merupakan kebenaran kepada alam ini.

Wallahhuallam.